fbpx
Pesawat enjin tunggal Orlican M8 Eagle terhempas di kejiranan Lake Worth kelmarin. - WPBF

Pesawat ringan langgar kereta, 7 cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PALM BEACH, FLORIDA – Sekurang-kurangnya tujuh orang cedera selepas sebuah pesawat ringan bertembung dengan kereta sebelum ia terhempas di negeri Florida, Amerika Syarikat, kelmarin, lapor portal berita ABC News. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 4.45 petang (waktu tempatan) di kejiranan Lake Worth, daerah Palm Beach. 

Pesawat enjin tunggal Orlican M8 Eagle itu membawa dua penumpang. Kedua-dua mangsa cedera parah dan dibawa ke hospital terdekat, demikian menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA). 

Lima lagi mangsa membabitkan seorang dewasa dan empat kanak-kanak yang berada di dalam kereta semasa dilanggar. 

Penyelamat Kebakaran Palm Beach County berkata, tiada kebakaran dan kebocoran bahan api yang besar. 

Data laman penjejakan penerbangan, FlightRadar24 menunjukkan pesawat itu terhempas sejurus berlepas.

FAA dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI