fbpx
Tangkap layar menunjukkan pemandu e-hailing enggan menerima bayaran daripada penumpangnya.

‘Semoga lampu hijau untuk akak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Niat murni seorang wanita pemandu e-hailing yang enggan menerima bayaran daripada penumpangnya, seorang lelaki yang merupakan orang kurang upaya (OKU) mendapat pujian ramai.

Melalui sebuah klip perkongsian oleh Rasydan_77 di Threads memaparkan wanita tersebut menolak wang yang diberikan lelaki berkenaan sebaik tiba di destinasi.

Dalam video yang sama juga turut kelihatan lelaki OKU itu tersenyum apabila melihat beberapa patung permainan comel yang diletakkan di atas papan pemuka kenderaan wanita tersebut.

“Semoga duit akak ini tidak pernah habis, seronoknya dapat buat baik dengan orang,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati rata-rata netizen tersentuh dengan tindakan wanita itu yang dianggap sangat ikhlas melayan penumpangnya.

“Comelnya kakak ini, semoga akak sentiasa dikurniakan rezeki yang melimpah ruah,” ujar Paennnnn.

“Sumpah suka tengok akak ini sebab layan penumpang yang naik kereta dia macam kawan-kawan,” kata Amalin Rushdi.

“Ya allah, bagusnya. Semoga kakak dan abang yang dalam video ini sentiasa sihat,” balas Aaarffi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN