fbpx
Zara Qairina dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah dekat Sabah pada 17 Julai lalu.

Pelajar terkait kes Zara didakwa bakal berpindah sekolah – Waris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Kami terima maklumat baru yang mengejutkan…Pada hari kejadian, seorang pelajar diambil ibu bapanya. Ketika keluar, ramai pelajar menjerit ‘kau pembunuh’ kepadanya,” kata waris kepada Zara Qairina Mahathir yang maut selepas dikatakan terjatuh dari tingkat tiga bangunan sebuah sekolah.

Wanita dikenali sebagai Syira Leizel itu mendakwa pihak keluarga mendapat maklumat bahawa beberapa belajar yang dikaitkan dengan kematian pelajar tingkatan satu tersebut sedang berada dalam proses pindah sekolah.

“Hari ini (semalam) kami dimaklumkan pula budak tomboi dan beberapa pelajar lain sedang dalam proses pindah sekolah. Siasatan belum selesai, keterangan belum semua diambil. Tapi mereka sedang dialihkah keluar dari perhatian.

“Apa makna semua ini? Kenapa pelajar yang mungkin tahu sesuatu mahu dipindahkan? Kenapa tiada jaminan siasatan dijalankan secara adil?,” soalnya menerusi catatan di Facebook.

Terdahulu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberi jaminan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan kepada hasil siasatan polis berhubung kematian Zara Qairina.

Fadhlina turut menasihatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkait kes berkenaan yang masih dalam siasatan polis.

Beliau berkata, KPM menerusi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah sentiasa memberi kerjasama penuh kepada proses siasatan, selain komited untuk terus memastikan kesejahteraan keluarga, murid, guru dan warga sekolah terlibat terpelihara.

Sebelum ini, tular di media sosial berkenaan kejadian seorang pelajar di Sabah yang meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah pada 17 Julai lalu.

Mangsa yang merupakan pelajar tingkatan satu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI