fbpx
Keratan Kosmo! semalam.

Dram Shop Laws atasi isu pemandu mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan disaran mewujudkan Undang-undang Dram Shop atau ‘Dram Shop Laws’ dalam menangani isu pemanduan di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Pengasas dan Penasihat Ke­selamatan Jalan Raya, Persa­tuan Pakar Keselamatan Jalan Raya, Jamil Manan Supri berkata, ia melibatkan hukuman minimum mandatori bagi kes kematian selain ganti rugi kepada mangsa atau keluarga, program pemulihan wajib kepada pesalah dan penggunaan teknologi.

Beliau yang juga pakar sukan permotoran berkata, Dram Shop Laws seperti diperkenalkan di United Kingdom sebagai undang-undang pihak ketiga sepatutnya sudah lama dikuatkuasakan di Malaysia bagi mengekang pemanduan di bawah pengaruh ­alkohol.

“Ia sangat berkesan memeriksa tahap kewarasan, mengawal dan memantau individu mabuk. New Zealand dan Belanda antara negara yang mengenakan undang-undang ketat terhadap penjualan alkohol tetapi di Malaysia, ia boleh dibeli pada bila-bila masa, terutama di kedai yang berope­rasi 24 jam.

“Pengusaha kelab malam atau pusat hiburan juga sepatutnya diwajibkan melakukan ujian dan memeriksa tahap alkohol dalam darah sebelum membenarkan pelanggan memandu pulang.

“Jika tahap alkohol melebihi kadar ditetapkan, penguasa perlu memastikan pelanggan dihantar pulang menggunakan teksi atau kenderaan e-hailing sebagai syarat wajib dan memastikan mereka menandatangani surat aku janji ketika berkunjung ke premis berkenaan,” katanya.

Tegas beliau, jika diwujudkan undang-undang itu, pengusaha premis penjualan minuman keras atau pusat pusat hiburan, wajib menyediakan peralatan diiktiraf Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan.

“Mereka juga perlu beri laporan pemeriksaan harian pelanggan untuk diperiksa sama ada atau secara online atau manual. Kegagalan berbuat demikian atau ingkar berturut-turut boleh menyebabkan lesen perniagaan mereka digantung,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN