fbpx
Murid-murid menunjukkan botol air dan kipis mini yang dibawa mereka di SK Sungai Gelugor, George Town semalam.

Murid bawa botol air, kipas pergi sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Fenomena cuaca panas yang melanda negeri-negeri di utara tanah air termasuk Pulau Pinang, mendorong murid-murid membawa bekalan air sehingga dua liter dan kipas mini ke sekolah.

Dalam masa sama, semua sekolah terutama yang mempunyai kepadatan murid yang tinggi pula disarankan menambah mesin penapis air bagi memastikan bekalan air mencukupi untuk kegunaaan pelajar.

Di George Town, tinjauan Kosmo! di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Gelugor di sini semalam mendapati, majoriti murid dibekalkan dengan botol air pelbagai saiz untuk menghadapi suhu panas yang tinggi.

Mereka juga dilihat berulang kali beratur mengambil bekalan air yang disediakan pihak sekolah berhampiran bangunan kelas selain masing-masing memakai pakaian sukan.

Tinjauan sama turut dilakukan di SK Permai apabila murid-murid sesi petang juga didapati membawa lebih daripada satu botol minuman dan kipas mini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang, Mohamad Dziauddin Mat Saad berkata, semua sekolah telah membuat persediaan awal termasuk menyebarkan maklumat kepada ibu bapa berhubung jadual pemakaian murid.

“Hari ini (semalam), anak-anak juga membawa bekalan air dan kipas mini elektrik. Kita juga lihat persediaan pihak sekolah menyediakan bekalan air dan kemudahan pengudaraan dalam bilik darjah. Itu antara usaha-usaha yang dibuat.

“Kita juga minta anak-anak supaya jangan berada di tempat yang terdedah dengan cuaca panas dan kalau ada rasa tak selesa maklumkan segera dengan pihak guru,” katanya kepada pemberita di SK Sungai Gelugor di sini, semalam.

Menurutnya, JPN Pulau Pinang turut berhubung rapat dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) bagi melihat perkembangan cuaca harian.

“Kita masih lagi kekal dengan sesi persekolahan secara bersemuka. Sebab kita tak mahu ada yang ketinggalan pembelajaran yang sangat besar,” ujarnya.

Di Klang, Yang Dipertua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Andalas, Azah Razman berkata, mesin penapis air sedia ada tidak mencukupi dan perlu ditambah.

Katanya, sekolah itu mempunyai kira-kira 2,000 pelajar yang menjalani sesi pembelajaran pagi dan petang.

“Bagi saya, kemudahan itu perlu ditambah di setiap blok sekolah bagi keperluan pelajar terutama ketika musim panas ini.

“Inisiatif itu perlu digerakkan sendiri oleh ibu bapa dan PIBG untuk menyediakannya dan menampung kekurangan itu,” katanya ketika ditemui semalam.

Terdahulu, pihaknya bersama Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional dan pertubuhan badan bukan kerajaan, 99 Kebajikan Insan Selangor menyumbang 1,000 botol air mineral kepada pelajar sekolah itu.

Ketika ini, 206 buah sekolah di daerah Kota Setar dan Pendang di Kedah terpaksa ditutup selama tiga hari sejak kelmarin ekoran cuaca panas melampau dengan suhu melebihi 37 darjah Celsius.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN