fbpx
Anwar.

Tiada satu pengumuman boleh selesaikan semua masalah negara – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tiada satu pengumuman yang boleh menyelesaikan semua masalah negara secara sekali gus.

Anwar berkata, usaha menyelesaikan permasalahan perlu dilihat secara berperingkat termasuk melalui pengumuman beliau semalam yang merupakan suatu langkah tambahan.

“Semalam itu langkah tambahan. Kemudian itu pun pelaksanaannya memuliakan Hari Merdeka, cuti Hari Malaysia. Sebelum itu 31 julai pengumuman Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), kemudian langkah-langkah baharu tambahan dan Belanjawan 2026.

“Jadi ini kita kena lihat secara berperingkat. Tiada umpamanya satu pengumuman yang boleh menyelesaikan semua masalah. Belanjawan 2026 pun tidak mungkin menyelesaikan semua masalah negara kita, jadi kita kena cuba.

“Apa dia pengumuman penting Belanjawan 2026? Belum lagi… kita mesyuarat petang ini,” katanya pada Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan Bersama Perdana Menteri dan Menteri Kewangan di sini hari ini.

Semalam, Anwar mengumumkan beberapa ikhtiar kerajaan bagi meringankan beban sara hidup rakyat termasuk dengan menurunkan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter

Beliau turut mengumumkan pemberian RM100 secara ‘one-off’ di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (Sara) kepada setiap warga Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas sempena Hari Kebangsaan 31 Ogos 2025.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan penangguhan kenaikan kadar tol di 10 lebuh raya yang sepatutnya mengalami kenaikan berdasarkan perjanjian.

Bagi meringankan lagi beban sara hidup rakyat, kerajaan menambah peruntukan untuk Jualan Rahmah Madani 2025 sebanyak RM600 juta berbanding RM300 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI