fbpx
IJA bertindak mengunci profil akaun Facebook miliknya dipercayai mengelakkan daripada dikecam netizan.

Ija ‘lock’ profil FB, akaun adik pula ‘ghaib’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Pempengaruh permotoran, Ija Nizaruddin yang memalsukan kehilangannya baru-baru ini bertindak mengunci profil akaun Facebooknya dipercayai mengelak dikecam.

Namun tinjauan diakaun TikTok milik Ija Nizaruddin atau nama sebenarnya, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, masih aktif dan boleh diakses sesiapa sahaja.

Sementara itu, akaun media sosial Facebook Tengku Abdul Aziz telah ‘ghaib’ apabila dia menyahaktifkan akaun berkenaan selepas bersubahat dan memberikan kenyataan palsu ke atas kehilangan abangnya kepada pihak berkuasa.

Akaun media sosial Ija Nizaruddin turut diserang dan diterjah oleh warga maya dari seluruh negara dengan kata-kata amarah, kesal dan kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawabnya kerana telah menyusahkan pihak berkuasa menjalankan operasi Carilamat selama empat hari kehilangannya.

Mereka disyaki mereka cerita yang kononnya Ija Nizaruddin hilang dikhuatiri lemas selepas kereta Perodua Axia milik isterinya ditemui terbenam di dalam Sungai Tui, Lenga, Bukit Kepong, 15 Julai lalu.

Namun akhirnya, perbuatan tidak bertangungjawab dan menyusahkan banyak pihak itu terbongkar selepas adiknya membuka mulut memberitahu Ija lari ke Thailand.

Difahamkan, Ija lari ke Siam dengan memasuki laluan Padang Besar, Perlis secara sah dipercayai untuk bernikah lain.

Terdahulu, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah membuat laporan polis terhadap keduanya kerana memberi maklumat palsu.

Menurut Ketua Zon 4, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, PgKB II Nor Shuhada Amsari, laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar kira-kira pukul 11.30 pagi pada Ahad atas nasihat Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad.

“Keputusan membuat laporan polis ini dibuat atas sebab JBPM beranggapan perbuatan membuat laporan palsu ini adalah suatu tindakan yang tidak wajar dan menyebabkan pembaziran sumber dan masa.

Selain itu, ia membabitkan risiko keselamatan pasukan penyelamat serta mengganggu tugas-tugas kecemasan lain.

“Tindakan membuat laporan palsu ini turut menjejaskan kredibiliti dan kepercayaan masyarakat terhadap agensi penyelamat dan pihak berkuasa jika tidak dibendung,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN