fbpx
GAMBAR fail gerhana matahari. - Foto AFP

3 benua akan bergelap lebih 6 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Pada 2 Ogos 2027, fenomena jarang berlaku berupa gerhana matahari penuh dijangka merentasi tiga benua, lapor portal berita Gulf News kelmarin.

Sebahagian Benua Asia, Eropah dan Afrika itu akan bergelap sehingga enam minit dan 23 saat.

Ia akan menjadi gerhana matahari terpanjang yang boleh dilihat dari daratan.

Walaupun kebanyakan gerhana matahari penuh berlaku kurang tiga minit, tempoh yang luar biasa kali ini akan membolehkan pemerhatian lanjutan korona suria dan tontonan yang benar-benar mengasyikkan bagi mereka yang berada di sepanjang laluannya.

Laluan keseluruhan gerhana matahari di mana Bulan akan menyekat cahayanya akan bermula di langit Lautan Atlantik dan bergerak ke arah timur.

Menurut portal berita space.com, gerhana matahari itu akan merentasi selatan Sepanyol, utara Maghribi, Algeria, Tunisia, Libya, Mesir tengah, Sudan, Arab Saudi, Yemen dan Somalia, sebelum berakhir di Lautan Hindi berhampiran Kepulauan Chagos. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI