fbpx

Laluan smart lane dari Kulai ke Sedenak ditutup mulai esok – Plus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Plus menutup laluan smart lane dari Kulai ke Sedenak bermula esok.

PETALING JAYA- Plus Malaysia Berhad (Plus) akan menutup laluan smart lane dari Kulai ke Sedenak di Kilometer (KM) 26.7 hingga KM33.7 arah utara bermula esok.

Dalam satu kenyataan Plus berkata, penutupan itu bagi memberi laluan kepada pelaksanaan kerja-kerja penambahan lorong di lokasi tersebut.

Sepanjang tempoh kerja-kerja dijalankan, dua lorong sedia ada dibuka seperti biasa bagi mengekalkan aliran trafik dan meminimumkan gangguan kepada pengguna lebuh raya.

Sementara itu, laluan Smart Lane dari Senai ke Kulai di KM19.0 hingga KM26.7 arah utara akan beroperasi seperti biasa.

Pengguna lebuh raya digalakkan untuk merancang perjalanan mereka dengan menggunakan aplikasi Plus bagi mendapatkan maklumat trafik terkini.

Plus juga mengingatkan pengguna supaya mematuhi semua papan tanda dan arahan yang dikeluarkan petugas Plus ketika melalui kawasan kerja pembinaan tersebut.

Untuk maklumat trafik semasa dan bantuan, pengguna boleh merujuk Pembantu Maya–PUTRI, X @plustrafik, papan tanda elektronik di lokasi-lokasi terpilih atau menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 sekiranya berlaku kecemasan.

Plus menghargai kesabaran dan kerjasama semua pengguna lebuh raya sepanjang tempoh pelaksanaan kerja ini demi keselamatan, keselesaan dan kemudahan semua. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI