fbpx

Pemuda ditemukan mati dalam Mazda CX5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba ketika bantuan membuka pintu kereta di Tasek Gelugor, malam tadi.

SEBERANG PERAI – Seorang pemuda ditemukan mati dalam sebuah kereta jenis Mazda CX-5 di belakang lot kedai, Tasek Gelugor di sini, malam tadi.

Mayat lelaki berusia 34 itu dijumpai tidak sedarkan di tempat duduk pemandu oleh orang awam sebelum melaporkan kepada pihak polis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan khidmat khas membuka pintu kereta kira-kira pukul 8.50 malam.

Menurutnya, operasi tersebut melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tasek Gelugor diketuai oleh Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan ll Mohd. Zaidi Tajuddin.

“Sebaik tiba di tempat kejadian mendapati sebuah kereta jenis Mazda CX5 dalam keadaan enjin masih hidup. Terdapat seorang mangsa lelaki dewasa berada di dalam kereta dalam keadaan tidak sedarkan diri dan pintu kereta berkunci.

“Pasukan bomba bertindak membantu pihak polis membuka pintu kereta tersebut dengan menggunakan peralatan khas dan mangsa tersebut disahkan telah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, mayat lelaki tersebut kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 9.35 malam. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI