fbpx

Latihan Kelawar 2025: Pesawat terbang rendah di Kudat bermula 21 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan Latihan Kelawar 2025 di sekitar kawasan Op Pasir Utara di Kudat, Sabah pada 21 hingga 30 Julai ini.

TUDM dalam kenyataan berkata, latihan berkenaan akan meliputi Pulau Banggi, Pulau Balambangan dan Tanjong Kapur.

Jelasnya, latihan ini adalah untuk memperkasa kompetensi anak kapal pesawat helikopter TUDM dan Pasukan Khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui operasi bersepadu dalam mempraktikkan taktik dan prosedur pada waktu malam.

“Selain itu, latihan ini juga bertujuan menilai keupayaan interoperability serta tahap kecekapan anak kapal pesawat helikopter TUDM bersama Pasukan Khas ATM beroperasi di Pangkalan Udara Hadapan (FOB) iaitu di kawasan Op Pasir Utara.

TUDM berkata, sepanjang tempoh latihan ini dilaksanakan pesawat-pesawat helikopter TUDM akan melakukan penerbangan taktikal pada altitud rendah.

“(Ini melibatkan) pergerakan aset-aset maritim milik agensi penguatkuasa yang terlibat di kawasan-kawasan latihan yang telah digazetkan.

“Sebahagian besar latihan ini akan dilaksanakan pada waktu malam,” ujarnya.

Sehubungan itu, TUDM berharap orang ramai tidak cemas atau risau jika melihat pesawat terbang rendah sepanjang tempoh latihan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI