fbpx

Rakyat rindu UMNO, BN memerintah kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad bersama perwakilan UMNO Bahagian Kuala Langat pada mesyuarat tersebut hari ini. FOTO/ MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

KUALA LANGAT- Majoriti rakyat kini rindu untuk melihat kembali UMNO serta BN menerajui kerajaan semula setelah tujuh tahun jatuh daripada memegang tampuk pentadbiran negara.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau mendapat perkhabaran tersebut berdasarkan maklumat yang diperoleh oleh pihaknya daripada beberapa sumber, justeru melihat peluang cerah untuk UMNO dan BN untuk bangkit pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) kelak.

“Dulu ramai orang hendak (bekas Presiden UMNO) Datuk Seri Najib Tun Razak dipenjarakan. Sekarang ini, orang yang sama pula rindu cara pemerintahan Datuk Seri Najib kerana memperkenalkan banyak bantuan kepada rakyat susah dan golongan sederhana.

“Melihat kepada momentum ini, saya nampak kita ada peluang pada pilihan raya nanti. Tapi saya minta semua perwakilan untuk mula gerak kerja dari sekarang supaya momentum ini diterjemahkan dalam bentuk keputusan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kuala Langat di Dewan Sri Jugra, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Luar berkata, BN yang memerintah kerajaan sebanyak 13 kali dengan kali terakhir memerintah negara pada tahun 2018 telah menunjukkan rekod cemerlang daripada segi pentadbiran, menjaga ekonomi negara serta memperkenalkan bantuan kepada rakyat.

Lantas kata Mohamad, beliau mahu melihat terdapat perubahan daripada semua bahagian, sama ada dari peringkat kepimpinan sehingga akar umbi, iaitu mempunyai keinginan untuk berusaha memenangkan parti.

“Apa-apa tindakan yang kita buat mesti untuk parti, bukan untuk diri sendiri. Saya menang kerusi (Parlimen Rembau dan DUN Rantau) pun atas tiket parti, bukan sebab saya hebat.

“Jadi kita harus bekerjasama dan susun strategi untuk menang di kerusi Parlimen Kuala Langat sekiranya UMNO bertanding lagi di Parlimen Kuala Langat,” tegasnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI