fbpx

Pertama kali naik helikopter, mak teruja – anak bongsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD Hariz Akmal Mohd. Jais menunjukkan gambar 'selfie' yang diambil ibunya di dalam helikopter beberapa minit sebelum ia berlepas dari Balai Polis Tanjung Kupang, kelmarin.

JOHOR BAHRU – Salah seorang anggota terlibat nahas helikopter terhempas di Sungai Pulai, Gelang Patah kelmarin, Sarjan Siti Latipa Khairuddin memaklumkan teruja untuk menaiki helikopter.

Anak bongsunya, Mohamad Hariz Akmal Mohd. Jais, 21, berkata, ibunya telah memaklumkan tentang perkara tersebut beberapa hari sebelum kejadian berlaku.

Menurutnya, itu adalah kali pertama ibunya, 54, akan menaiki helikopter setelah berkhidmat sebagai seorang anggota polis sejak bujang lagi.

“Ibu ada beritahu akan naik helikopter dalam program tersebut, dan dia sangat teruja kerana itu merupakan pertama kali dia menaiki helikopter.

“Ibu juga sempat berkongsi gambar dia sedang duduk di dalam helikopter kepada kumpulan WhatsApp keluarga, beberapa minit sebelum helikopter itu berlepas,” katanya ketika ditemukan pemberita di lobi Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini hari ini.

Tambah penuntut Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) itu lagi, keluarganya bagaimanapun menerima perkhabaran bahawa helikopter berkenaan telah terhempas kira-kira 30 minit kemudian.

“Selepas setengah jam ibu hantar gambar tersebut, pintu kediaman kami di Kuarters Balai Polis Tanjung Kupang diketuk sebelum seorang anggota polis memaklumkan helikopter dinaiki ibu telah terhempas.

“Ketika itu memang kami terdiam kerana rasa terkejut, tidak sangka perkara seperti itu boleh berlaku. Kemudian kami bergegas ke hospital,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI