fbpx

Hotel tujuh tahun tiada lesen diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa MPKS memeriksa dan menyita peralatan di hotel itu.

KUALA SELANGOR – Kedegilan sebuah hotel dipercayai beroperasi tanpa lesen sejak tujuh tahun lalu membawa padah apabila diserbu pihak berkuasa di Taman Sri Pristana, dekat sini, semalam.

Serbuan kira-kira pukul 10 pagi itu dilakukan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) yang mengarahkan penutupan serta merta premis dan sitaan peralatan perniagaan.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPKS, Mohamad Lutfi Mislah Hudin berkata, operasi itu dijalankan pihaknya bagi membanteras aktiviti perniagaan tanpa kebenaran di daerah ini.

Jelasnya, semakan mendapati hotel dua tingkat itu beroperasi tanpa lesen perniagaan yang sah sejak 2018.

“Selain amaran, MPKS sebelum ini telah mengeluarkan kompaun kesalahan dengan yang terbaharu pada April lalu.

“Namun, pengusaha hotel masih tidak mengendahkan perkara itu dengan menjalankan perniagaan secara tidak sah,” katanya hari ini.

Menurut Mohamad Lutfi, pihaknya sepanjang empat jam operasi itu mengambil pelbagai tindakan penguatkuasaan terhadap premis tersebut termasuk kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Hotel (MDKS) 2013.

“Selain itu, ia melibatkan notis memberhentikan perniagaan dan amaran menurunkan papan iklan selain sitaan peralatan,” ujarnya.

Tambah beliau, notis pemberitahuan dan kompaun mengikut Seksyen 70(11) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) turut dikeluarkan atas kesalahan mengubah suai bangunan tanpa kelulusan bertulis MPKS.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI