PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut selepas mendapati seekor lipas bersaiz besar berada dalam bungkusan nasi lemak yang dibeli oleh bapanya semalam.
Menerusi perkongsian di laman Threads milik @Scsyrh, dia memuat naik gambar hidangan tersebut dengan kelihatan jelas seekor lipas terletak di tengah-tengah hidangan berkenaan.
“Ayah saya tengah kupas telur, lepastu dia perasan macam ada benda pelik, dia tarik keluar.. sekali (lipas) hahah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, pemilik akaun memaklumkan bapanya telah pergi semula ke kedai tersebut dan memulangkan bungkusan nasi lemak yang mengandungi lipas itu.
“Diorang (peniaga) terus ambil nasi lemak atas meja jualan mereka. Tak pasti buang atau periksa, kemudian letak balik,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen mendapati ramai netizen turut meluahkan rasa geli dan terkejut dengan insiden berkenaan.
“Besar gedabak macam itu, tak akan orang kedai tak perasan,” kata Aleeya.
“Nak terbeliak mata tengok gambar ni hahaha, aduh sekarang ni nak tahu lipas tu termasuk masa bungkus ke atau dah masak sekali dengan sambal,” komen Ainajwa.
“Awak beli nasi lemak ada minta lauk lebih ke,” seloroh Lynn.- KOSMO! ONLINE
View on Threads