fbpx

DOF semak semula proses kelulusan bot kenka, pertukaran zon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) akan menyemak semula semua proses kelulusan melibatkan bot kenka dan pertukaran zon.

Ia susulan teguran Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) berkaitan perkara berkenaan.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, jabatan tidak akan berkompromi terhadap sebarang kelulusan yang bercanggah dengan dasar.

“Teguran EAIC akan dijadikan panduan penambahbaikan. Kami komited untuk menyemak semula semua proses bagi memastikan ketelusan dan pematuhan.

“Ia termasuk memperkemas garis panduan teknikal serta memperkukuh semakan silang dan audit dalaman. Tindakan ini bertujuan memastikan sebarang kelemahan ditangani secara sistematik dan berkesan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, DOF akan terus bekerjasama dengan kementerian berkaitan bagi memastikan tindakan pembetulan dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

“Sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan mengurus sumber perikanan negara, jabatan bertanggungjawab memastikan sumber ini diurus secara lestari, berintegriti dan memberi manfaat kepada negara serta komuniti nelayan.

“DOF akan terus bekerjasama rapat dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta agensi penguatkuasaan lain bagi memastikan tindakan pembetulan dapat dilaksanakan secara menyeluruh, berlandaskan dasar, integriti tadbir urus dan kepentingan negara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI