fbpx

Projek ECRL siap 91.79 peratus di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Samsuri (dua dari kiri) meninjau tapak Stesen ECRL Jerteh, Besut hari ini.

BESUT – Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu setakat ini mencapai kemajuan pembinaan tertinggi iaitu 91.79 peratus.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, setakat ini, perkembangan projek ECRL di negeri ini mengatasi tiga negeri lain yang turut terlibat iaitu Pahang, Kelantan dan Selangor.

Beliau percaya projek tersebut dapat disiapkan di Terengganu dalam tempoh ditetapkan.

“Kerajaan negeri Terengganu bersama Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) serta agensi-agensi berkaitan juga sedang berbincang untuk memastikan pembinaan Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) di kawasan ECRL dapat dirancang dengan sebaik mungkin.

“Selain itu, saya juga akan merujuk dan mendapatkan pandangan Perdana Menteri Datuk, Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan berkaitan TOD di kawasan ECRL sewaktu kunjungan beliau ke Terengganu Sabtu ini,” katanya sewaktu melawat tapak Stesen ECRL Jerteh di sini hari ini.

Ahmad Samsuri mengakui projek TOD di kawasan ECRL berdepan cabaran kerana tidak termasuk dalam sebarang perancangan Rancangan Malaysia atau mana-mana pembentangan bajet di peringkat Persekutuan.

Beliau berkata, isu sama turut melibatkan negeri-negeri lain yang terlibat dengan ECRL seperti Kelantan dan Pahang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI