fbpx
Udang galah segar dari sungai di Rompin kini semakin berkurangan.

‘Dulu banyak, sekarang payah nak dapat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ROMPIN – Beberapa peniaga kedai makan dan restoran di daerah ini mengakui mereka sememang­nya sukar untuk mendapatkan bekalan udang galah ‘original’ Kuala Rompin bagi menampung permintaan tinggi daripada pe­langgan.

Seorang peniaga yang tidak mahu dikenali berkata, masalah itu disebabkan kekurangan bekalan daripada nelayan.

Katanya, selain membuat tempahan tetap dengan nelayan sungai, dia terpaksa turun sendiri ke kampung-kampung dan jeti bagi mendapatkan udang galah asli Kuala Rompin.

“Saya akan memaklumkan kepada pelanggan sama ada udang galah yang disediakan ori (asli dari Rompin) atau tidak kerana saya tidak mahu mereka tertipu.

“Saya faham mesti ramai yang marah jika hidangan yang mereka makan itu bukan udang galah ori tetapi jika saya jujur, pelanggan akan faham. Bagaimanapun, saya tidak pasti peniaga lain sama ada mereka juga jujur seperti saya,” katanya.

Seorang nelayan darat Su­ngai Rompin dikenali sebagai Sudin berkata, udang galah sememang­nya semakin berkura­ngan di su­ngai berban­ding dahulu.

Katanya, keadaan itu menyebabkan dia yang menjual udang galah menerima banyak tempahan, tetapi tidak mampu untuk menampung semuanya.

“Saya tahan bubu dan kadang ada, kadang tiada, jadi saya terpaksa mengumpul udang galah untuk memenuhi tempahan pembeli.

“Saya tidak pasti mengapa udang galah sekarang susah ditangkap,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN