fbpx

Jadikan bidang seni kreatif sebagai medan dakwah – Mohd. Na’im

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na’im ketika ditemui pemberita pada Majlis Peluncuran Layar Dakwah Yadim di Ibis Hotel Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) dengan kerjasama Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) melancarkan program Layar Dakwah Yadim bagi mengetengahkan karya kreatif yang mematuhi prinsip syariah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, pendekatan dakwah tidak terhad kepada pendidikan formal semata-mata, sebaliknya boleh disampaikan menerusi medium seni kreatif seperti drama.

“Kita nak wujudkan masyarakat madani yang ada adab dan akhlak dan mesej dakwah ini disampaikan bukan hanya di masjid atau surau, tetapi melalui keterlibatan golongan seniman.

“Penghasilan drama yang dihasilkan oleh golongan ini akan mendidik masyarakat,” katanya ketika ditemui pemberita semasa Majlis Peluncuran Layar Dakwah Yadim di Hotel Ibis, di sini, hari ini.

Mohd Na’im menegaskan, karya berbentuk dakwah berpotensi mendapat pengiktirafan antarabangsa kerana nilai-nilai universal yang diketengahkan, sekali gus sesuai untuk tontonan umum.

“Apabila gabungan seniman dan agamawan ni berlaku, kita yakin kandungan drama yang dihasilkan itu akan menyampaikan mesej Islam dan dakwah secara universal.

“Kita lihat contoh negara Iran. Mereka boleh menang Oscar. Maknanya, mesej tu penting selagi ia boleh diterima seluruh dunia,” ujarnya.

Program Layar Dakwah Yadim akan berlangsung selama tiga bulan bermula Julai hingga September pada setiap hujung minggu di Ibu Pejabat Yadim, Putrajaya. KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI