fbpx

Ada kesan torehan di lengan anak mereput bersama ibu bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis sedang memeriksa kediaman tiga beranak tersebut di Taman Bukit Kristal di Seremban, semalam. FOTO NOR SHAFAWATI YUP/ KOSMO!

SEREMBAN – Polis mendapati terdapat kesan torehan di bahagian lengan kanan mayat anak lelaki yang ditemukan bersama ibu bapanya dalam keadaan hampir mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, mayat ibu bapa pula tidak menjumpai sebarang tanda mencurigakan.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati ketiga-tiga mangsa merupakan ahli keluarga iaitu bapa berusia 61 tahun, ibu 59 tahun dan anak lelaki 30 tahun.

“Empat bilah pisau yang terdapat kesan darah dipercayai digunakan semasa kejadian turut ditemui, selain itu polis menjumpai pelbagai jenis ubat yang telah digunakan terletak di atas meja ruang tamu rumah.

“Ketiga-tiga mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Rembau untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI