BESUT – Keluarga Allahyarham Nurly Shahirah Azman memutuskan untuk tidak menerima tetamu selama empat hari dari Rabu hingga Jumaat ini bagi meredakan keadaan.
Abang arwah, Mohd. Najmuddin, 28, berkata, keluarga juga kesal segelintir pengunjung mencium dengan taksub naskhah al-Quran tulisan arwah adiknya yang maut dalam nahas bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini.
“Kami juga memutuskan tidak tidak menerima tetamu antara 2 hingga 5 Julai ini bagi membolehkan umi dan abah berehat sebentar.
“Mereka tidak sempat berehat sejak hari pemergian adik (Nurly) lebih 20 hari lalu. Kami mohon jasa baik orang ramai memberi ruang kepada umi dan abah untuk menenangkan diri sebentar,” katanya. – KOSMO! ONLINE