fbpx

[VIDEO] ‘Itu bukan surau kami, jangan kecam wanita itu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penjelasan yang dimaklumkan oleh imam dan Ahli Jawatankuasa surau al Jannah Bandar Rimbayu di Teluk Panglima Garang di Selangor.

PETALING JAYA – ‘Sebenarnya perkara tersebut berlaku di musolla (surau) Halaman 11 Bandar Rimbayu, bukan di surau al Jannah’

Demikian penjelasan oleh imam surau al Jannah Bandar Rimbayu di Teluk Panglima Garang di Selangor yang turut terpalit susulan isu tular tindakan wanita menghalau seorang jemaah lelaki menggunakan fasiliti musolla (surau).

Menerusi sebuah perkongsian di akaun TikTok surau berkenaan memaparkan imam bersama beberapa orang Ahli Jawatankuasa (AJK) surau berkenaan menjelaskan dengan teliti berhubung isu tersebut.

Imam surau berkenaan yang juga merupakan anak kepada jemaah lelaki yang dihalau memaklumkan pihaknya tidak terlibat secara langsung dengan insiden itu.

“Untuk makluman semua, di Bandar Rimbayu ini ada surau al Jannah, musolla Halaman 11 dan musolla Seruang dan banyak lagi tempat solat dan perkara tersebut tidak berlaku di surau ini.

“Bagi pengetahuan anda juga, pak cik tersebut adalah ayah saya sendiri,” katanya dalam klip tersebut.

Dalam pada itu, imam surau tersebut turut menasihati agar orang ramai menjaga percakapan dan tidak mengecam wanita tersebut.

“Marilah kita mendoakan mudahan kita semua diberikan hidayah oleh Allah tanpa menuding jari kepada sesiapa. Mungkin ada hikmah atas apa yang berlaku.

“Saya harap tidaklah berlaku kecaman dan salah faham dalam perkara tersebut,” ujarnya.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati rata-rata orang ramai sebaliknya menggesa wanita terbabit untuk tampil memohon maaf.

“Kami nak perempuan itu yang memohon maaf pada pak cik itu sebab dia sudah menjatuhkan imej Islam,” ujar Iiemah.

“Perempuan itu yang kena minta maaf, bukannya AJK surau ini,” kata Mohamad Safri.

“Lebih elok jika individu tersebut (wanita) yang membuat permohonan maaf sendiri dan bukan orang lain kena minta maaf bagi pihak dia,” balas Nor Sahid. – KOSMO! ONLINE

@suraualjannahbdrrimbayu ‎Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya, Ustaz Fadhlullah selaku Imam Surau Al-Jannah Bandar Rimbayu ingin memberikan sedikit penjelasan berhubung isu yang telah tular semalam melibatkan Surau Al-Jannah Bandar Rimbayu. Pertama sekali, kami memohon maaf atas segala kekeliruan dan salah faham yang berlaku, sama ada daripada pihak pengurusan surau/musolla terbabit mahupun pihak luar. Pihak kami, Surau Al-Jannah Bandar Rimbayu tidak langsung terlibat dalam insiden yang berlaku dan viral mutakkhir ini. Sumber yang diterima juga menjelaskan bahawa pelaku bukanlah dari mana AJK musolla tersebut. Kami ingin menjelaskan bahawa pihak surau sentiasa terbuka untuk menerima sebarang teguran dan nasihat, dan kami akan terus berusaha memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa, insya-Allah. Kami juga ingin menyeru kepada semua ahli kariah dan netizen agar tidak menyebarkan perkara yang tidak benar dan tidak sahih. Semoga Allah SWT memberkati usaha kita semua, dan menjadikan Surau Al-Jannah Bandar Rimbayu tempat yang mendidik jiwa, bukan medan yang tak sepatutnya. ‎جزاكم الله خير الجزاء Sekian, wassalam. #sajbr #suraualjannahbandarrimbayu #viralpakcikkenahalaudariiktikafmusolla #pakcikituayahimamsurau #kamitakterlibattapikamikenatempias ♬ original sound – SURAU AL JANNAH BANDAR RIMBAYU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI