fbpx

40 hari tinggal dengan mayat suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota perkhidmatan kecemasan membawa keluar mayat mangsa. - Detik Jatim

JAKARTA – Seorang wanita di Jombang, wilayah Jawa Timur membunuh suaminya menggunakan racun tikus sebelum tinggal bersama mayat mangsa di dalam rumah selama 40 hari, lapor laman berita Detik semalam.

Fauziah Priatiningsih, 45, menyerah diri kepada polis sebelum serbuan dibuat di rumahnya di Kampung Johowinong.

Hasil pemeriksaan menemukan mayat mangsa, Lukman, 50, dalam keadaan sudah mereput dan membusuk.

Mayatnya berada di atas lantai dengan ditutup oleh sehelai selimut.

Polis berkata, keadaan mayat sudah kering, mereput dan busuk.

Tiada kesan darah pada mangsa dan lantai, selain rumah berada dalam keadaan kemas, tambah polis.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Jombang, Asisten Komisioner Margono Suhendra berkata, suspek menyerah diri dengan mengaku membunuh suaminya. 

Bagaimanapun, Margono berkata, pihaknya masih menyiasat kes itu bagi membongkar fakta sebenar.

“Suspek terbukti melakukan pembunuhan yang dirancang. 

“Dia membeli racun tikus dan kalium sebelum kejadian,” katanya.

Mayat dibawa untuk dibedah siasat, manakala siasatan lanjut kes itu masih dijalankan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI