PETALING JAYA – “Tengah hubungi keluarga, tiba-tiba siren berbunyi. Mereka terus risau”.
Demikian luahan Fatimah Az Zahra Shukri, pelajar di sebuah universiti di Jordan mengenai detik cemas yang dialaminya susulan bunyi siren amaran baru-baru ini melalui hantarannya di TikTok.
Menurut Fatimah, bunyi siren itu merupakan amaran berjaga-jaga susulan peluru berpandu yang melalui kawasan berdekatan.
“Peluru berpandu yang lalu, insya-Allah kami di sini baik-baik sahaja,” katanya di ruangan komen hantaran tersebut.
Tinjauan di ruangan komen, ramai meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan rakyat Malaysia dan penduduk tempatan di Jordan.
“Semoga sentiasa dilindungi,” komen Efa Ziha.
“Semoga Allah pelihara akak dan kawan-kawan,” ujar Finah.
“Semoga dalam jagaanNya. Teruskan berdoa awak,” kata Batrisya. – KOSMO! ONLINE
@hvzfx tengah call family siren tetibe bunyi, habis risau diorg 🥺😶🌫️🚀 #jordan #iran ♬ original sound – فاز 🦢