fbpx

CWC: Bintang Palestin curi tumpuan ledak hatrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABOU ALI (kiri) meledak hatrik buat Al-Ahly ketika mengikat Porto 4-4 dalam aksi terakhir Kumpulan A pagi tadi. - AFP

NEW JERSEY – Penyerang Al-Ahly, Wessam Abou Ali mencipta sensasi tersendiri apabila meledak hatrik ketika mengikat jaguh Portugal, Porto 4-4 dalam aksi terakhir Kumpulan A Piala Dunia Kelab (CWC) 2025 pagi tadi.

Biarpun cemerlang, namun pemain antarabangsa Palestin berasal dari Aalborg, Denmark itu meluahkan kekecewaan kerana gagal membantu Al-Ahly melangkah jauh dalam penampilan di pentas berprestij tersebut.

“Saya menjangkakan perlawanan yang sukar dalam aksi terakhir tetapi kami mahukan tiga mata kerana apa sahaja boleh berlaku dalam satu lagi perlawanan (Palmeiras menentang Inter Miami).

“Sebab itu kami menganggap perlawanan ini sebagai pentas final dan kami cuba manfaatkan segala peluang yang ada untuk menghiburkan para penyokong.

“Saya akui sangat sedih kerana saya merasakan kami sepatutnya boleh menjaringkan lebih banyak lagi, mungkin lima atau enam gol. Kami benar-benar mahukan kemenangan aksi terakhir ini,” kata Abou Ali.

Selain tiga gol penyerang berusia 26 tahun itu pada minit ke-15, 45+2 dan 51, satu lagi jaringan Al-Ahly di Stadium MetLife tersebut diperoleh menerusi Mohamed Ali Ben Romdhane (m-64).

Empat gol Porto diraih oleh Rodrigo Mora pada minit ke-23, William Gomes (m-50), Samu Aghehowa (m-53) dan Pepe (m-89). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI