fbpx
Ustaz Kazim mendedahkan ada pihak yang mengenakan bayaran sebanyak RM3,000 seorang untuk membuang saka.

‘Nak berubat, amal doa bukan kain kafan, tanah kubur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Apa pandangan Datuk jika ada yang mengatakan keba­nyakan orang yang bergelar ustaz yang mempraktikkan perubatan alternatif atau ‘perubatan Islam’ sebagai penunggang agama dan bertopengkan agama untuk mengaut keuntungan peribadi?
Memang ada golo­ngan yang mengamalkan perubatan alternatif dengan be­tul dan ikhlas, tetapi kita tidak dapat nafikan wujudnya segelintir pihak merosakkan imej perubatan Islam.

Mereka ini tiada ilmu, yang meneka kaedah mengubati dan mengubat orang menggunakan kaedah salah.

Saya sendiri banyak kali tegur mereka. Kalau nak berubat secara Islam mana boleh buat de­ngan benda-benda kotor seperti najis. Jadi orang ramai yang nak berubat secara alternatif perlu mencari pengamal perubatan yang mengamalkan doa-doa yang benar.

Jangan cari yang mendakwa mengamalkan perubatan Islam, tetapi kaedah rawatan menggunakan kain kafan dan tanah kubur.

Pernah ada individu yang memberitahu saya, mereka mendapatkan rawatan daripada individu kononnya nak buang saka, namun mengenakan bayaran RM3,000 setiap seorang ahli keluarga.

Bukan itu sahaja, mereka gunakan nama saya untuk mela­riskan perniagaan.

Jadi apabila terjadi situasi sedemikian, yang menjadi mang­sa adalah pengamal perubatan yang ikhlas dan betul.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN