fbpx
IRAN melancarkan gelombang serangan ke arah Israel hari ini. - Foto AFP

Perang Iran-Israel masuk minggu ke-2, Eropah pujuk Tehran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEL AVIV  – Perang udara antara Israel dan Iran memasuki minggu kedua semalam dengan pegawai-pegawai Eropah berusaha memujuk Tehran kembali ke meja rundingan, lapor portal berita Arab News semalam.

Usaha menarik Iran ke meja rundingan dibuat selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, sebarang keputusan mengenai kemungkinan penglibatan AS dalam perang itu akan dibuat dalam tempoh dua minggu.

Israel mula menyerang Iran pada Jumaat minggu lalu bertujuan menghalang musuh lamanya itu daripada membina senjata nuklear. 

Iran membalas dengan melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke Israel. 

Tehran sebaliknya menyatakan bahawa program nuklearnya adalah untuk tujuan aman.

Semalam, menteri-menteri luar Eropah bertemu dengan rakan sejawat mereka dari Iran untuk membincangkan konflik itu. 

Mereka muncul daripada mesyuarat tiga jam di Geneva, Switzerland setelah menggesa Tehran menyambung semula rundingan dengan AS berhubung program nuklear Iran.

Sementara itu, di New York, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat yang tidak menyenangkan berhubung konflik itu.

Dalam mesyuarat itu, Iran dan Israel saling melemparkan tuduhan berhubung konflik antara mereka. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI