fbpx

Nak bahagia, perlu ada Sakinah, Mawaddah dan Rahmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
@_donjanny mengulas tentang hubungan sesama suami dan isteri di laman TikTok miliknya.

PETALING JAYA – Perdebatan soal tanggungjawab di dalam perkahwinan tidak pernah selesai.

Baru-baru ini, seorang pempengaruh telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan tanggungjawab untuk memasak jatuh kepada suami dan jika si isteri melakukannya, ia adalah kerana ihsan.

Melalui hantaran di laman TikTok milik @_Donjany, dia memberi nasihat bahawa hubungan rumah tangga ialah hubungan yang dibina daripada rasa kasih dan sayang.

“Kalau suami ada Rahmah, dia tak akan berkira untuk tolong isterinya di dapur, kalau isteri ada Mawaddah, dia akan masak bukan sebab ia wajib, tetapi sebab dia sayang,” katanya.

Di akhir video, dia menjelaskan dalam perkahwinan, suami dan isteri mestilah bersama membentuk hubungan yang dipenuhi dengan Sakinah, Mawaddah dan Rahmah.

Meninjau ke ruangan komen, pelbagai reaksi telah diberikan oleh netizen.

“Betul, suami & isteri tak patut berkira dengan ‘each other,’” kata @Perfumes lover.

“Semoga perkahwinan kalian menemui Sakinah Mawaddah & Rahmah,” @dzulmuazzem

“Sama sama nak bahagia,” @bazliqq. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI