fbpx

‘Ini jualan cepat ke mati cepat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan ulat hidup sedang bergerak dalam roti sosej yang dibeli pemilik akaun tersebut.

PETALING JAYA – Seorang wanita berdepan detik menjijikkan apabila roti sosej yang dibelinya dari sebuah pasar raya yang menjalankan ‘quick sale’ (jualan cepat) mengandungi beberapa ekor ulat hidup.

Menerusi satu hantaran di TikTok milik @Nurnara, dia berkongsi video yang memaparkan sosej dalam roti tersebut dipenuhi ulat yang sedang bergerak-gerak.

Menurutnya, dia pada awalnya sudah terhidu bau kurang menyenangkan sebelum membuka roti itu untuk diperiksa dan terkejut apabila melihat keadaan sebenar makanan berkenaan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna meluahkan rasa geli dan terkejut dengan keadaan roti tersebut.

“Ini ‘quick sale’ (jualan cepat) ke ‘quick die’ (mati cepat),” komen @Qqqukiex.

“Lain macam ade ‘free gift’ (hadiah percuma) tu,” kata @Azwaniey1701.

“Kalau gigit tu mesti letup-letup dalam mulut,” komen @Shaqil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI