fbpx
Puspen Jelebu - GAMBAR HIASAN

Enam pelatih Puspen Jelebu lari, seorang berjaya ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JELEBU – Lima pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Jelebu, di sini, sedang diburu selepas melarikan diri daripada pusat terbabit awal pagi semalam, manakala seorang lagi berjaya ditangkap.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Azizan Said berkata, bilik gerakan IPD Jelebu menerima maklumat enam pelatih Puspen tersebut kira-kira pukul 1 pagi dan pihaknya telah melancarkan operasi mengesan serta menangkap pelatih Puspen tersebut.

Menurutnya, khidmat Unit Anjing Pengesan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan dan Anggota Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) Jelebu juga digunakan dalam operasi ini.

“Pelatih berkenaan adalah, P Tinogaran, 36, beralamat terakhir di Apartment Taman Sentosa, Perak, G Vinaiyetiran, 36, (Taman Munsyi Ibrahim, Johor), V Manimaran, 38, (Taman Seri Bernam, Hulu Bernam, Selangor), S Bala Ganes, 42, (Bandar Baru Sultan Suleiman, Selangor) dan K Mohanarajh, 25 (Taman Bertuah, Perak).

“Sehubungan itu, pihak polis mengalu-alukan sebarang maklumat orang awam bagi membantu pihak polis. Maklumat tersebut boleh disalurkan kepada mana-mana balai polis yang berhampiran atau menghubungi IPD Jelebu di talian 06-6136222 dan Bilik Gerakan Jelebu 06-6137999,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Azizan berkata, salah seorang dari enam pelatih yang melarikan diri telah berjaya ditangkap semula di kawasan berhampiran kilang Rotan Titi Cane, Kongkoi, Jelebu, iaitu berjarak kira-kira lima kilometer (km) dari Puspen Jelebu kurang 24 jam dari kehilangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI