fbpx

Hukuman ‘squat’ 200 kali oleh guru punca ginjal rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar itu dibawa ke hospital selepas mendapati air kencingnya bertukar warna hitam. - Facebook

BANGKOK  – Seorang pelajar di Thailand rosak buah pinggang selepas dipaksa melakukan 200 duduk-bangun (squat) oleh seorang guru hanya kerana lewat menghantar kerja sekolah, lapor portal berita Must Share News. 

Perkara itu dikongsikan menerusi laman Facebook 12 Jun lalu. 

Pelajar terbabit mengadu kakinya sakit selama tiga hingga empat hari selepas dihukum melakukan 200 squat  tanpa henti. 

Dia dihantar ke hospital selepas mangsa mendapati air kencingnya bertukar warna hitam.

Doktor mengesahkan bahawa pelajar terbabit mengalami rhabdomyolysis di mana tisu otot koyak atau pecah akibat senaman melampau dan berlebihan. 

Meskipun tidak terlalu teruk, dia kini berada di bawah pemantauan doktor untuk menentukan sama ada dialisis diperlukan.

Guru yang terlibat telah digantung tugas sementara pihak berkuasa menjalankan siasatan, demikian menurut portal berita Thai Daily News. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI