fbpx

Cukai perkhidmatan diperluas, 10 peratus untuk barang premium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amir Hamzah

PETALING JAYA – Kerajaan mengenakan cukai jualan sebanyak lima hingga 10 peratus ke atas barangan pilihan dan premium.

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, langkah itu bertujuan mengukuhkan kedudukan fiskal negara dengan meningkatkan hasil dan meluaskan asas percukaian bagi menambah baik mutu jaringan keselamatan sosial tanpa membebankan rakyat.

“Semakan semula cukai jualan melibatkan barangan pilihan tertentu yang dinaikkan sehingga lima peratus seperti king crab, salmon, kod, cendawan truffle, buah-buahan import, essential oil, kain sutera dan jentera industri.

“Beberapa barangan pilihan premium telah dinaikkan kepada 10 peratus antaranya basikal lumba dan lukisan tangan antik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi cukai perkhidmatan, Amir Hamzah berkata, perkara itu diperluas kepada perkhidmatan terbaharu seperti sewaan atau pajakan, pembinaan, kewangan, jagaan kesihatan swasta, pendidikan dan kecantikan.

Menurutnya, perluasan itu disertakan dengan pengecualian terpilih untuk mengelakkan cukai berganda, serta memastikan perkhidmatan keperluan tertentu untuk warganegara Malaysia tidak dikenakan cukai.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak lapan peratus cukai dikenakan kepada perkhidmatan kewangan berasaskan fi atau komisyen dan enam peratus kepada perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang mencapai nilai ambang RM1.5 juta.

“Bagi pendidikan, cukai dikenakan sebanyak enam peratus untuk prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah swasta dengan yuran pengajian melebihi RM60,000 setahun manakala cukai pengajian tinggi hanya dikenakan ke atas pelajar bukan warganegara.

“Sebanyak lapan peratus cukai dikenakan kepada sektor kecantikan termasuk rawatan muka dan dandanan rambut dengan nilai perkhidmatan mencapai RM500,000 dalam tempoh 12 bulan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI