fbpx

Honda kekal nombor satu di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Honda mengekalkan kedudukannya  sebagai pengeluar kenderaan bukan nasional nombor satu di negara ini buat tahun keenam berturut-turut selepas merekodkan jualan 60,469 unit kenderaan pada 2020.

Prestasi tersebut disumbangkan terutamanya daripada model Honda City yang menyumbang 34 peratus daripada keseluruhan jualan diikuti dengan Civic dan HR-V, masing-masing menyumbang jualan sebanyak 20 peratus dan 17 peratus.

Honda City baharu yang dilancarkan pada Oktober lalu merekodkan jualan bulanan tertinggi dalam sejarahnya pada Disember lalu, dengan 5,500 unit berjaya dijual.

Model tersebut terus me­nerima permintaan menggalakkan menerusi penerimaan 15,200 unit tempahan sehingga kini.

Model City paling laris ialah varian V yang meliputi 52 peratus daripada keseluruhan jualan manakala warna Platinum White Pearl pa­ling popular, mewakili 26 peratus daripada jualan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, meskipun 2020 merupakan tahun yang mencabar, pihaknya berjaya mengekalkan kedudukan nombor satu bagi segmen pengeluar ken­deraan bukan nasional di Malaysia.

“City terus membuktikan kedudukannya sebagai kende­raan segmen B bukan nasional paling popular dengan ciri-ciri canggih dan harga yang menarik.

“Selama bertahun-tahun, City tidak pernah gagal menarik perhatian rakyat Malaysia dan rekod jualan yang dicapai sejak pelancaran City generasi ke-5 membuktikan bahawa ia masih merupakan model digemari ramai,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Selain itu, Ishiyama berkata, pihaknya berterima kasih kepada kerajaan kerana menyambung pengecualian cukai jualan sehingga 30 Jun 2021, yang membolehkan ramai rakyat Malaysia membeli kenderaan.

“Kami juga akan terus menyokong usaha kerajaan untuk membendung jangkitan pandemik yang masih aktif,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI