fbpx

Sami Hypia yakin Liverpool akan bangkit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HYPIA bercakap kepada peminat-peminat Liverpool pada Majlis Pembukaan Rasmi kedai barangan premium Liverpool FC (LFC) di Sunway Pyramid hari ini.

WALAUPUN dihimpit isu kecederaan dan prestasi merudum, legenda Liverpool, Sami Hyypia masih bersikap optimis The Reds mampu mempamerkan kebangkitan untuk kembali bersaing dalam kelompok atasan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Bagaimanapun, bekas tonggak antarabangsa Finland itu akui perpindahan Sadio Mane yang menyertai gergasi Jerman, Bayern Munich turut memberi kesan besar kepada Liverpool khususnya di jentera serangan.

Bagaimanapun, Hyypia menegaskan, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan terhadap kualiti yang ada pada anak buah Jurgen Klopp.

“Pasukan memerlukan masa untuk berada pada tahap terbaik dan kita mempunyai masa untuk pemain yang cedera kembali menyertai pasukan.

“Sekarang kita sembilan mata di belakang (berbanding Arsenal di puncak liga), apa sahaja boleh berlaku dan perjalanan liga musim ini masih jauh.

“Sebelum ini pun Liverpool turut ketinggalan lebih banyak mata dan mampu bangkit,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pembukaan Rasmi kedai barangan premium Liverpool FC (LFC) hari ini.

Butik itu adalah yang pertama di Malaysia dan menawarkan pelbagai barangan rasmi LFC pada kadar mampu oleh segenap lapisan penyokong The Reds di negara ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports, Vach Pillutla berkata, pembukaan butik itu bakal menjadi hab kepada penyokong Liverpool untuk mendapatkan barangan rasmi pasukan.

“Sunway Pyramid dipilih sebagai lokasi pertama kerana kedudukannya yang strategik dan boleh diakses dengan mudah oleh warga Lembah Klang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI