fbpx

Jerman tambah kubu lindungi rakyat daripada perang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BBK merancang untuk menjadikan terowong dan stesen kereta api sebagai tempat perlindungan. - Getty Images

BERLIN – Jerman merancang untuk meluaskan rangkaian kubu bawah tanah dan tempat perlindungan kalis bom untuk melindungi penduduk daripada serangan Russia dalam tempoh empat tahun akan datang, lapor akhbar The Guardian semalam. 

Ketua Pejabat Persekutuan Perlindungan Awam dan Bantuan Bencana (BBK), Ralph Tiesler menggesa usaha nasional untuk menjadikan terowong, stesen kereta api bawah tanah, garaj bawah tanah, tempat letak kenderaan dan bangunan awam sebagai tempat perlindungan bagi menampung 1 juta orang. 

“Bergantung kepada pembinaan kubu baharu adalah tidak mencukupi kerana ia akan mengambil masa lama untuk merancang serta memakan kos tinggi. 

“Oleh itu, struktur sedia ada perlu dipertimbangkan dengan segera,” kata Tiesler. 

Hanya 580 daripada 2,000 kubu bawah tanah dan tempat perlindungan daripada perang dingin masih berfungsi, dengan kebanyakannya memerlukan dana berjuta-juta euro untuk penambahbaikan.

Kubu-kubu itu juga akan melindungi kira-kira 480,000 orang, manakala populasi Jerman adalah sekitar 84 juta orang.

Tiesler juga merancang untuk menaik taraf sistem maklumat seperti aplikasi dan papan tanda untuk berkongsi dengan orang ramai, di mana mereka boleh mendapatkan perlindungan. 

Rancangan komprehensif itu akan dibentangkan pada musim panas ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI