Faizal (kiri) bersama pekerjanya melayani pelanggan yang membeli daging di persimpangan Kampung Bukit Rang di Jerantut semalam.

‘Biar tak untung, asalkan semua dapat makan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JERANTUT – Bagi meringankan bebanan orang ramai berikutan kos sara hidup yang meningkat, seorang pengusaha ternakan di sini menawarkan daging kerbau dan lembu pada harga yang lebih murah berbanding harga pasaran.

Daging kerbau dijual pada harga RM30 sekilogram, manakala daging lembu RM28 sekilogram berbanding harga pasaran di daerah ini RM34.

Pengurus Kandang Emas Enterprise Pulau Tawar, Faizal Manan, 41, berkata, dia dan pekerjanya menyembelih sebanyak 89 ekor lembu dan kerbau untuk dijual sejak awal Jun sehingga semalam untuk orang ramai membuat persediaan me­nyambut Hari Raya Aidiladha.

“Saya dan enam orang pekerja tidak menang tangan menyembelih dan melapah antara lima hingga enam ekor ternakan sehari untuk dijual kepada orang ramai di gerai berdekatan Jalan Jerantut-Maran di persimpangan masuk Kampung Bukit Rang di sini.

“Hasrat saya untuk meringankan beban perbelanjaan orang ramai, syarikat ini cuma menjual daging kerbau dengan harga RM30 sekilogram dan lembu RM28 termasuk tulang dengan harga RM30, nampaknya sam­butan amat menggalakkan daripada pembeli sejak awal minggu ini,” katanya di sini semalam.

Menurut Faizal, bagi tempoh tiga hari gerai dibuka, pihaknya cuma menjual daging lembu, manakala mulai hari Khamis dan Jumaat keutamaan pasaran daging kerbau yang banyak permintaan menjelang Aidiladha.

Dia berkata, syarikat itu juga memenuhi permintaan orang ramai apabila sebanyak 41 ekor ternakan lembu dan kerbau menjadi pilihan untuk majlis korban esok dan hari berikutnya.

“Kita sudahpun selesai menghantar 41 ekor ternakan kepada wakil syarikat ini di Kuantan, Temerloh, Lipis, Maran, Rompin serta di Kelantan untuk disampaikan kepada pembeli, terma­suk sekitar Jerantut bagi ibadah korban,” katanya.

Beliau berkata, untuk ibadah korban, harga seekor lembu adalah antara RM3,500 hingga RM6,000, manakala kerbau pula berharga antara RM5,000 hingga RM6,000 seekor.

Ujarnya, syarikat itu membekalkan antara 150 hingga 300 ekor ternakan setiap kali menje­lang Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

“Kita juga masih menerima tempahan saat akhir daripada orang ramai di luar negeri dan daerah ini kerana bekalan ternakan masih ada kira-kira 300 ekor dan mencukupi untuk majlis korban dan jualan dalam tempoh dua hari ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN