fbpx

Verstappen mula tunjuk keras kepala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN didakwa melakukan protes sehingga mengabaikan arahan pasukan ketika GP Sepanyol pada Ahad lalu. - AFP

BARCELONA – Penasihat Red Bull Racing, Helmut Marko menyelar tindakan kurang bijak pelumbanya, Max Verstappen pada Grand Prix (GP) Sepanyol yang berlangsung di Litar Catalunya, Ahad lalu.

Sikap keras kepala Verstappen tidak memberikan laluan kepada pelumba Mercedes, George Russell menyebabkan kedua-dua jentera berlanggar sehingga menyaksikan dia dikenakan penalti 10 saat (s).

Hukuman yang dikenakan itu menyebabkan Verstappen terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan tersebut di kedudukan ke-10 meskipun pada awalnya dia melintasi garisan penamat di tempat kelima.

Marko berkata, beliau tidak faham apa yang bermain dalam fikiran Verstappen sedangkan pasukan sudah mengarahkan juara dunia itu untuk memberikan laluan kepada Russell kerana memintasnya secara tidak sah.

“Ketika di laluan lurus, saya boleh katakan bahawa (Charles) Leclerc melanggar jentera Max (Verstappen). Bagaimanapun, ketika insiden dengan Russell, dia seolah-olah melakukan protes terhadap pasukan.

“Kami sudah mengarahkan dia untuk membenarkan Russell memintas, namun secara tiba-tiba dia memecut dan menyebabkan kedua-dua jentera berlanggar. Saya tidak tahu apa yang bermain di fikirannya,” katanya.

Keputusan itu menyebabkan Verstappen semakin ketinggalan dalam perebutan kejuaraan dunia apabila dibezakan 49 mata dengan pendahulu dari pasukan McLaren, Oscar Piastri yang mengumpul 186 mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI