fbpx
FAKTOR keselamatan, kebersihan dan kemudahan infrastruktur menjadi penilaian utama yang menobatkan Simpang Renggam sebagai 10 Bandar Paling Bahagia di Malaysia bagi tahun 2026.

Rahsia Simpang Renggam boleh jadi ‘bahagia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Semangat kejiranan, pembangunan ekonomi yang berkembang serta pemeliharaan alam sekitar yang mampan menjadikan Simpang Renggam antara 10 Bandar Paling Bahagia di Malaysia bagi tahun 2026.

Pengiktirafan itu diberikan oleh PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) menerusi sistem penilaian MURNInets yang mengukur tahap kesejahteraan dan kualiti hidup penduduk.

Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR), Mohd. Izzul Helmi Ahmad berkata, kejayaan itu didorong oleh pres­tasi konsisten pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam pelbagai aspek termasuk penambahbaikan fasi­liti riadah serta pengurusan sisa yang lebih efisien.

Menurutnya, faktor keselamatan, kebersihan, kemudahan infrastruktur, kualiti alam sekitar serta kesihatan fizikal dan mental penduduk turut menjadi penilaian utama.

“Pengiktirafan ini bukan sekadar gelaran, malah mampu memberi impak positif kepada negeri Johor apabila Simpang Renggam dilihat sebagai destinasi mesra pengunjung dan tenang untuk dikunjungi.

“Ia juga berpotensi menarik lebih banyak pelaburan industri kecil dan sederhana (IKS), sekali gus merancakkan ekonomi setempat,” katanya ketika ditemui pada Majlis Lebaran Kasih Aidilfitri di Dewan Muafakat MDSR di sini kelmarin.

Tambah beliau, anugerah tersebut merangkumi ­penilaian menyeluruh terhadap 14 komponen utama, termasuk kecekapan perkhidmatan pihak PBT, tahap responsif terhadap keperluan rakyat serta kepuasan penduduk.

“Ia menjadi pemangkin untuk kami terus komited memastikan pembangunan fizikal dan ekonomi dilaksanakan secara seimbang, inklusif dan berorientasikan rakyat,” ujarnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua lapisan masyarakat di Simpang Renggam atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sehingga berjaya meletakkan bandar itu dalam senarai antara paling bahagia di negara ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN