fbpx
Casting ikan pelian di Ranau, Sabah.

K2

Dari ‘podcast’ ke sisipan Gewang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Jika anda seorang kaki pancing ‘lama’, pasti anda mengetahui kewujudan majalah-majalah berkenaan hobi memancing yang pernah wujud. Antaranya Rod & Line (versi

Inggeris atau Mandarin) dan Pancing merupakan majalah yang cukup popular ketika itu.

Nama-nama seperti CS Fong, Pak Wong, Halimi Hanip, Aznir Malek (sekadar menyebut beberapa nama) antara ‘selebriti’ yang terkenal dalam dunia memancing pada era tersebut.

Namun, fokus penulisan kali ini tertumpu kepada satu lagi nama yang gah dalam dunia memancing, siapa lagi kalau bukan Muhammad Faiz Abdul Karim atau Faiz Karim.

Nama ini cukup besar dalam dunia memancing di negara kita.

Pertemuan pertama saya dengannya ketika dia menjadi tetamu Podcast Gewang episod 8. Itu pun setelah beberapa kali tertangguh disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan.

Saya sebenarnya agak gementar ketika menemu ramahnya, maklumlah jika selama ini hanya melihatnya di dalam majalah dan sesekali berkomunikasi di dalam laman sosial, kali ini dia hadir sendiri sebagai tetamu.

Idola kepada kebanyakan pemancing Malaysia ini berasal dari Muar, Johor dan dibesarkan di dalam keluarga yang sememangnya minat memancing. Faiz Karim mula mengenali dunia hanyir ketika belum memasuki alam persekolahan lagi.

Minat itu diteruskan ketika dia menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam pengajian sains politik. Hampir setiap hujung minggu, beliau akan turun bersama teman-teman ke Empangan Klang Gate yang terletak berhampiran universiti.

“Ingat lagi pada masa itu, kami membina sebuah rakit yang dilengkapi enjin untuk memudahkan pergerakan kami menyusur ke lokasi diingini dan bermalam di sana tanpa ada perasaan takut,” ujarnya.

Selepas menamatkan pembelajaran di UIAM, sempat Faiz Karim bekerja di sebuah syarikat korporat, namun tidak bertahan lama.

Ebek merupakan ikan kegemaran ketika jigging.

Disebabkan kegilaannya dalam dunia memancing, dia mengambil keputusan bertukar kerjaya. Dia menghubungi Ketua Editor Rod & Line, CS Fong untuk mencuba nasib sebagai wartawan di sana.

Tahun 2002 merupakan titik permulaannya sebagai wartawan di Rod & Line, dan perjalanan karier Faiz Karim terus memun­cak. Dalam usia muda, beliau dilantik sebagai ketua editor di majalah Pancing pada tahun 2007.

“Antara pengalaman yang sukar dilupakan ketika berkhidmat sebagai wartawan adalah sewaktu dilambung ombak setinggi hampir 20 meter selama lebih 18 jam di perairan Sabah. Disebabkan itu, saya mengalami klaustrofobia.

“Sempat juga saya terfikir untuk meletak jawatan sejurus selamat sampai ke darat,” kongsi Faiz Karim.

Kejadian kedua pula adalah ketika beliau terlibat dalam kemalangan yang agak teruk sehingga menyebabkan kereta dipan­dunya terbalik di Felda Nitar ketika pulang dari tugasan di Mersing, Johor.

Namun, disebabkan rasa cintanya dalam dunia memancing, kejadian-kejadian tersebut sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk terus memberikan khidmat dalam memberikan informasi kepada pembaca.

Sehinggalah pada tahun 2019, apabila pihak syarikatnya mengumumkan untuk menutup majalah Pancing.

Pada tahun yang sama, Faiz Karim bangkit apabila menerbitkan pula majalah @Pancing, kali ini di bawah satu syarikat lain. Namun, disebabkan dunia dilanda pandemik

Covid-19, majalah tersebut terpaksa dihentikan pengeluaran.

Tidak berputus asa, kini dia muncul kembali dengan menjadi editor sisipan Gewang dalam akhbar Kosmo!.

Semoga perjalanan karier beliau berkekalan dan diharapkan dapat sentiasa mencurahkan ilmu yang berharga kepada pemancing di negara ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN