fbpx

Laporan penemuan mayat Pamela adalah palsu – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussien

PETALING JAYA – Polis menafikan kejadian penemuan mayat wanita didakwa Datin Seri Pamela Ling Yueh di sebuah rumah di sini, seperti dilaporkan oleh sebuah portal tempatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, laporan yang tular di media sosial itu adalah palsu.

“Polis mengesahkan tiada laporan polis diterima berkaitan penemuan mayat di sebuah rumah di Petaling Jaya seperti yang dinyatakan dalam laporan tular itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, penyebaran berita palsu merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

“Penggunaan kemudahan atau perkhidmatan rangkaian untuk menyebar berita palsu yang boleh mengganggu orang lain adalah satu kesalahan yang boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau dipenjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya.

“Polis Selangor mengingatkan orang ramai agar merujuk sumber rasmi dalam mendapatkan maklumat sahih.

“Kerjasama orang ramai dalam mengekang penyebaran berita tidak sahih amat dihargai bagi memastikan ketenteraman serta kelancaran proses siasatan,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal mendakwa mayat wanita ditemui di sebuah rumah di daerah ini adalah Pamela.

Pamela, 42, dilaporkan hilang sewaktu dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya pada 9 April lalu.

Ketika kejadian, wanita itu yang menggunakan perkhidmatan e-hailing dipercayai dipintas tiga buah kenderaan sebelum dibawa individu tidak dikenali.

Pada 13 Mei lalu, polis dilaporkan sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kemungkinan Pamela melarikan diri ke luar negara dengan menggunakan dokumen individu lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI