fbpx

Muhamad Farid kini Ketua Polis Daerah Serdang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein (tengah) menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Serdang.

SERDANG – Asisten Komisioner, Muhamad Farid Ahmad dilantik secara rasmi sebagai Ketua Polis Daerah Serdang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Muhammad Farid yang sebelum menjawat jawatan Pegawai Turus D9 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor mengambil alih tugas Superintenden Shahnaz Akhtar Haji yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Serdang.

Majlis Serah Terima Tugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang itu disaksikan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Hussein berkata, pemilihan Muhamad Farid adalah tepat berdasarkan pengalaman luas sebagai Ketua Polis Labuan sebelum ini.

“Beliau memiliki latar belakang akademik dalam sarjana kaunseling penyalahgunaan dadah menjadikan beliau bukan sahaja pegawai polis yang berwibawa tetapi seorang yang memahami aspek kemanusiaan dalam tugas kepolisan.

“Saya percaya kepimpinan beliau akan membawa perubahan positif dan terus memperkukuhkan kecekapan serta kesejahteraan di dalam daerah ini,” katanya ketika berucap, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hussein menzahirkan penghormatan kepada sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak.

Hussein berkata, kesemua mangsa adalah wira Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana bertugas tanpa mempersoal sebarang arahan diberikan.

“Pemergian mereka yang terkorban ini merupakan satu kerugian kepada PDRM.

“Saya mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa dan tabah menghadapi ujian ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI