KLANG – Sebuah kapal tongkang yang dalam proses penyelenggaran terbakar dalam kejadian di Teluk Panglima Garang, di sini hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihak menerima panggilan kecemasan pukul 11.45 pagi berhubung kejadian itu.
Katanya, seramai 22 anggota termasuk pegawai dari empat buah balai bomba dan Penyelamat (BBP) termasuk Panglima Garang, Banting, Klang Utara dan Sri Andalas terlibat dalam operasi pemadaman.
“Berdasarkan laporan komander, operasi kebakaran melibatkan sebuah kapal tongkang di atas darat.
“Tongkang itu sedang diselenggara bagi kerja-kerja kimpalan. Operasi pemadaman masih dilakukan,” katanya. – KOSMO! ONLINE