fbpx

Terima kasih Nurul Izzah – Azalina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan Azalina di media sosial selepas mengadakan pertemuan bersama Nurul Izzah hari ini.

PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mengucapkan terima kasih kepada calon Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di atas sokongan terhadap perjuangan penduduk di Gaza.

Beliau menyifatkan, komitmen berkenaan adalah perlu diteruskan demi dunia yang lebih adil dan berperikemanusiaan.

Katanya, Malaysia sememangnya sesuai untuk memainkan peranan berkenaan kerana telah terbukti negara mampu bersatu sebagai satu suara, walaupun daripada latar belakang yang pelbagai.

“Terima kasih sis Nurul Izzah Anwar di atas sokongan dalam perjuangan untuk membela nasib saudara kita di Gaza.

“Perjuangan ini lebih daripada sekadar agama, politik atau sempadan negara. Ia adalah perjuangan untuk semua manusia,” katanya.

Beliau berkata demikian di media sosial selepas mengadakan pertemuan bersama Nurul Izzah, hari ini.

Dalam pada itu, Azalina turut mengucapkan tahniah kepada Nurul Izzah di atas pencalonannya sebagai Timbalan Presiden PKR.

“Moga ini jadi titik permulaan kepada lebih ramai wanita untuk mengambil bahagian dalam politik arus perdana. ‘You go girl!’. Selamat Hari Ibu juga untuk kamu,” ujarnya – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI