fbpx

‘Wang saya membina negara anda’  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu enggan membuka kasut dan mengatakan duitnya menyumbang kepada ekonomi Thailand. - TikTok

BANGKOK – Seorang pelancong Israel menerima kecaman orang ramai kerana enggan membuka kasut ketika berkunjung ke sebuah kafe di wilayah Surat Thani, Thailand, lapor portal berita Yahoo semalam. 

Kejadian berlaku di Pulau Koh Pha Ngan,  baru-baru ini. 

Rakaman dimuat naik di laman Facebook Koh Pha Ngan Conscious Community menunjukkan pelancong wanita itu enggan membuka kasut sebelum memasuki kafe meskipun diminta berbuat demikian oleh pekerja premis.

Dia juga mencetuskan provokasi apabila menyatakan bahawa duitnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi Thailand.

“Wang saya membina negara anda,” kata wanita itu dalam rakaman video tersebut. 

Kejadian itu mencetuskan kemarahan ramai pengguna media sosial dengan rata–rata, warga tempatan menyuarakan rasa kecewa terhadap tingkah laku biadab pelancong asing terutama warga Israel yang berkunjung ke Thailand. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI