fbpx

Pemandu rentung pacuan empat roda terbakar selepas terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pacuan empat roda mangsa yang terbakar itu.

SHAH ALAM – Seorang pemandu pacuan empat roda rentung selepas terperangkap dalam kenderaan itu yang terbabas dan terbakar di Jalan Batu Condong, Seksyen 27 di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 4.45 pagi itu menimpa lelaki tempatan berusia 49 tahun yang menaiki Mitsubishi Triton.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati kenderaan mangsa hilang kawalan dan melanggar pokok di tepi jalan berkenaan.

Jelasnya, kemalangan itu mengakibatkan kebakaran dan mangsa terperangkap di dalam Triton tersebut.

“Api kemudian marak membakar keseluruhan kenderaan itu dan berjaya dipadamkan anggota bomba.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam bagi proses bedah siasat dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya hari ini.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Zaharizul Zamri di talian 019-3229097 atau balai polis berdekatan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan enam anggota termasuk pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam dikerah dalam operasi berkenaan.

“Kejadian melibatkan kebakaran 100 peratus dan mangsa telah tersepit dalam kenderaan itu.

“Mangsa didapati rentung selepas api berjaya dipadamkan bomba,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI