fbpx
ISTERI Nizam sanggup berhabisan ribuan ringgit untuk membeli minyak wangi. – Gambar hiasan

Cerai isteri gara-gara minyak wangi mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETIAP pernikahan yang dibina pasti tidak mahu diakhiri dengan perkara-perkara menyedihkan.

Pun begitu, dugaan dan cabaran dalam perhubungan terutama suami isteri pasti tidak dapat dilelakkan.

Paling menyedihkan ia terpaksa berakhir dengan sebab-sebab yang kadangkala tidak masuk akal, pelik dan menimbulkan persoalan.

Itu apa yang dilalui Nizam (bukan nama sebenar) dua tahun lalu tatkala hubungannya bersama isteri hancur disebabkan perkara remeh.

“Saya berpisah dengan isteri dua tahun lalu selepas hampir lima tahun kami bersama.

“Perceraian kami disebabkan saya tidak dapat menahan emosi dengan perangai bekas isteri yang begitu menjengkelkan,” tuturnya kepada K-Wanita saat memulakan bicara.

Meneruskan perkongsian, anak jati Kulai, Johor itu berkata, tidak ada di dunia ini suami yang mahu dan gembira melihat keluarga kecilnya musnah.

Begitu juga dengan dirinya yang sampai ke hari ini masih terngiang-ngiang detik-detik dia melafazkan talak kepada bekas isterinya itu.

“Diringkaskan cerita, saya bercerai dengan isteri disebabkan minyak wangi.

“Ya, minyak wangi. Kedengaran agak pelik dan mungkin melucukan bagi sesetengan orang tetapi tidak bagi saya.

“Isteri seorang yang sangat suka dan cintakan minyak wangi. Mudah kata dia (isteri) boleh digelarkan ‘hantu’ minyak wangi.

“Sejak saya kenal dia, minyak wangilah menjadi kegemaran dan kesukaannya ibarat peneman ke sana dan ke mari,” katanya.

Bercerita lanjut, eksekutif syarikat swasta di ibu negara itu memberitahu, minat berlebihan isterinya itu tanpa memikirkan kemampuan kewangan semasa menjadi punca awal bibit-bibit perceraian.

Ujar Nizam, isterinya yang juga merupakan suri rumah sepenuh masa itu sentiasa meminta wang daripadanya untuk membeli minyak wangi kesukaannya.

“Saya okey dengan perkara itu (memberi wang), tetapi lama- kelamaan ia menjadi satu perkara yang membebankan saya.

“Pada awalnya saya berikan wang untuk isteri beli minyak wangi setiap bulan sebagai tanda cinta dan kasih sayang seorang suami.

“Pun begitu makin lama makin menjadi. Daripada minyak wangi murah, separa mahal sampailah mewah semua dia mahu.

“Saya boleh berikan dan belikan, tetapi kena lah tunggu waktu dan masa-masa tertentu seperti hari gaji,” ceritanya.

Nizam berkata, isterinya itu seakan tidak sedar dan beberapa kali mendesak dia untuk memberikan wang kerana mahu membeli minyak wangi terbaharu dan mengikut trend.

Oleh kerana kegilaan isterinya itu, Nizam pernah memberinya sehingga RM2,000 dalam satu-satu masa hanya kerana mahu membeli minyak wangi dari luar negara.

Tambah bapa kepada dua cahaya mata itu, dek kerana ‘sasau’ dengan minyak wangi dan kemahuannya dituruti, tanggungjawab terhadap anak-anak juga mula diabaikan.

Jelasnya, isteri lebih banyak berkhayal dan menghabiskan masa di laman sosial terutama melayari laman sesawang dan platform jualan minyak wangi online.

Tatakala minyak wangi yang diidamkan sudah ada di depan mata, isteri sibuk mengambil gambar dan video serta memuat naik di media sosial dengan tujuan menunjuk-nunjuk.

Ia sekali gus, membuatkan tanggungjawabnya kepada keluarga mula terabai termasuklah menyediakan keperluan asas seperti memasak, mengemas dan lain-lain.

Lelah dengan nasihat, malah sering digelar suami kedekut dan tidak mengenang jasa isteri, Nizam mengambil keputusan melafazkan cerai talak satu di depan isteri dan anak-anaknya.

Bagi Nizam, yang penting dia mendapat hak penjagaan anaknya, biarlah isterinya mencari seorang suami yang boleh dan sanggup melayan ‘nafsu’ serta kehendaknya itu sampai dia menutup mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN