fbpx
Konsert trio KRU berlangsung selama empat hari.

Ke tepi yang lain, KRU terhangat di pasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Menjadi sebahagian lautan manusia yang membanjiri konsert GenKru pada 4 Mei lalu, apa yang boleh penulis simpulkan adalah… mega!

Benar bagai disebut-sebut, gergasi sudah kembali. Namun, ini bukan sebarang gergasi tetapi lebih tiga dekad lalu mereka mengubah landskap selera muzik anak muda zaman itu.

Dan, ‘vibe’ itu kembali dirasai apabila Axiata Arena, Bukit Jalil berubah menjadi perkampungan ribuan ‘remaja era 90-an’ menggayakan seluar baggy, jersi dan ikatan bandana yang menjadi identiti trio ikonik itu.

Memang ‘happening’. Ia bukan sekadar dedikasi peminat sempena meraikan kembalinya fenomena KRU tetapi juga penjelmaan semula sisi keseronokan zaman remaja yang sudah lama ditinggalkan.

Tabik hormat buat Abang Long (Norman Abdul Halim) dan dua adiknya, Yusry serta Edry kerana bikin banyak jiwa kembali muda.

Baik Gen X, Gen Y mahupun Gen Z masing-masing larut dalam era kegemilangan KRU yang diterjemahkan dalam persembahan kali ini.

Norman yang kini berusia 53 tahun, Yusry, 51, dan Edry, 49, berjaya menguasai pentas dengan cemerlang sepanjang dua jam setengah konsert berlangsung apabila tidak pancit.

Axiata Arena bukan sekadar gemuruh dengan nyanyian KRU dan bala pencintanya, malah berubah menjadi pesta remaja 90-an lepas geram menari ikut tempo. Masing-masing masih ada ‘groove’ rapper biar ada antaranya sudah beranak pinak dan bercucu.

Jika tanya kepada penulis puas atau tidak, jawapannya belum. Penulis percaya ramai fanatik KRU juga sama, kalau boleh mahu hadir lagi konsert GenKRU berikutnya.

Sewaktu kemunculan KRU pada 1992, penulis masih anak sekolah. Industi muzik ketika itu dimonopoli band rock, namun kehadiran KRU, 4U2C dan Nico yang menjadi pelopor genre rap di negara ini membawa gelombang baharu.

Hidup di asrama, hari-hari penulis ditemani lagu-lagu dari album sulung KRU, Canggih.

Populariti trio ini terus melonjak apabila terbitnya album kedua, reKRUed pada 1993. Mengerti, Inikah Cinta antara lagu yang menjadi siulan. Ketika itu ramai acah-acah nak jadi ‘rapper’, hafal lagu dan ‘step’ tarian bahkan bergaya macam KRU.

Kegilaan itu berterusan dengan album Awas (1994). Penulis dan rakan-rakan menari beramai-ramai dalam bilik asrama. Bila kena jerit dengan senior tingkatan lima, diam sekejap kemudian sambung balik.

Lucu bila dikenang semula, malah tak terfikir penulis antara individu yang selalu ditugaskan interviu KRU apabila masuk alam pekerjaan.

Kali pertama bertemu Norman, penulis mengaku sanggup ikat perut membeli semua album KRU. Masih elok tersimpan dan menjadi antara koleksi kesayangan hingga ke hari ini. Hilang rasa segan, malah hubungan baik itu berterusan hingga ke hari ini.

Penulis percaya peminat lain juga ada nostalgia tersendiri dengan KRU. Kalau tidak masakan semua tiket GenKRU pada malam pertama, kedua dan ketika sold out.

Bahkan atas permintaan ramai, KRU terus melakar fenomena apabila menambah satu malam lagi persembahan pada Ahad ini (11 Mei). Pecah rekod, syabas KRU!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN