fbpx

‘Setiap tahun kata nak cerai, rupanya sudah sedekad kahwin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Meskipun sering dilanda badai dalam rumah tangga, selain mengugut untuk bercerai setiap tahun, namun perkahwinan sepasang suami isteri ini berjaya dipertahankan sehingga memasuki tahun ke-10.

Menerusi perkongsian si isteri dikenali sebagai Hass di Facebook, dia memberitahu setiap tahun ada sahaja pergaduhan di antara wanita itu dan suami sehingga mereka mahu mengakhiri perkahwinan yang dibina sejak 2015 lalu.

“Setiap tahun pasti ada sahaja pergaduhan besar. Kadang-kadang hal remeh seperti siapa yang lupa beli susu anak pun boleh jadi isu besar.

“Setiap tahun kata nak cerai, rupanya sudah sedekad kami kahwin. Bukan apa emosi pun main peranan,” katanya.

Kata Hass, kesibukan kerja dan kurangnya masa bersama menjadi antara punca mereka bertelagah.

“Kami belajar bahawa cinta itu bukan sekadar perasaan, tetapi masa bersama. Sibuk-sibuk cari duit, itu juga asbab ramai pasangan bergaduh sehingga bercerai,” katanya.

Perkongsian wanita itu turut mendapat perhatian netizen sehingga meraih lebih 3,000 tanda suka dan ribuan komen termasuklah mereka yang memberi sokongan serta berkongsi pengalaman serupa.

“Inilah asam garam rumah tangga. Ada bahagian, ada duka. Ikut emosi memang marah, tapi bila difikir, sayang untuk akhir semuanya,” kata Farah.

“Beginilah nasib saya dan suami sebelum ini. Kalau lihat cara kami bergaduh, ramai ingat perkahwinan kami hanya bertahan sekitar setahun dua. Rupanya Allah Maha Adil. Alhamdulillah, dekat 13 tahun sudah sambil membesarkan tiga cahaya mata kami,” kongsi Sya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI