fbpx

Lot tanah wakaf masjid berpindah milik sebanyak dua kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masjid Jamek Ar-Ridzuan di Alor Pongsu, Bagan Serai. - Foto oleh WAT KAMAL ABAS

BAGAN SERAI – Pemilikan sebahagian lot tanah Masjid Jamek Ar-Ridzuan di Alor Pongsu, di sini telah berpindah tangan sebanyak dua kali dengan pemilik terkini pada asalnya tidak mengetahui ia merupakan tanah wakaf.

Pengerusi Masjid Jamek Ar-Ridzuan, Yusuf Majid berkata, struktur utama masjid berkenaan terletak di atas lot bernombor 6269, manakala dewan terbuka didirikan di atas Lot 6267.

Katanya, kontroversi timbul apabila Lot 6271 seluas 0.61 hektar yang didakwa telah diwakafkan secara lisan kepada masjid telah dijual oleh waris pewakaf kepada pihak luar tanpa pengetahuan pihak masjid.

“Ahli jawatankuasa masjid ketika itu hanya menyedari perkara ini sekitar 2015 semasa kerja-kerja pengukuran semula tanah perkuburan dilakukan. Semakan mendapati Lot 6271 telah bertukar milik dan kini didaftarkan atas nama individu bukan Islam,” katanya kepada pemberita di Masjid Jamek Ar-Ridzuan, di sini semalam.

Yusuf berkata, tanah berkenaan dipercayai telah dijual oleh anak pewakaf kepada seorang lelaki berbangsa Cina dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang sebelum dijual sekali lagi melalui seorang broker kepada individu bernama Tan yang kini menetap di Kuala Lumpur.

“Pemilik baharu, Tan, tidak mengetahui bahawa tanah tersebut menempatkan struktur dewan muslimah, tandas wanita serta lebih 30 pusara umat Islam,” katanya.

Katanya, Tan menyedari dirinya telah tertipu dalam urusan pembelian tersebut dan pernah beberapa kali hadir bersama peguam untuk berbincang dengan jawatankuasa masjid sebelum ini.

“Tan menawarkan dua pilihan iaitu sama ada pihak masjid membeli semula tanah berkenaan, atau merobohkan struktur sedia ada. Pada awalnya, pemilik menawarkan harga yang sangat tinggi, menyebabkan pihak masjid tidak mampu membelinya.

“Selepas saya mengambil alih jawatan pengerusi, beliau sekali lagi hadir dan menurunkan harga kepada RM1.8 juta,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI