fbpx
ANWAR

Kerajaan tidak akan kompromi dasar hak bumiputera, vendor tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dasar utama negara termasuk hak bumiputera, keperluan vendor tempatan atau perlindungan sektor strategik tidak akan dikompromi dalam rundingan isu tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS)

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kajian terhadap halangan bukan tarif (NTB) dalam isu tarif timbal balik itu hanya melibatkan peraturan yang tidak lagi relevan.

“Semua perubahan akan dilakukan melalui proses kerajaan yang telus dan inklusif,” katanya pada sesi mesyuarat khas penerangan berkenaan isu tarif AS di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata, kerajaan mendepani kenaikan tarif timbal balik AS dengan dengan asas ekonomi yang kukuh dan yakin Malaysia mampu mendepani situasi tersebut.

Ujar beliau, Malaysia mengambil kira kepentingan AS sebagai destinasi eksport dan sumber pelaburan asing terbesar Malaysia.

Katanya, sebarang cabaran terhadap hubungan perdagangan perlu ditangani secara pragmatik dan berteraskan kepentingan negara di samping mengekalkan hubungan baik dengan rakan dagang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN